Friday, June 30, 2006

kenangan yg abadi

Subuh baru saja berlalu. Mentari pagi bergerak perlahan, meninggalkan peraduannya untuk menerangi bumi, menjalani titah Ilahi. Detik demi detik berselang, berganti minit kemudian jam, hari, minggu bulan dan tahun.. Kini dah genap diri ini pada usia 26 tahun..

Ada yang berbangga dengan apa yang mereka sebut pertambahan usia setiap kali tiba ulang tahun kelahiran, walaupun sebenarnya yang terjadi adalah penguranagan baki usia. Hakikatnya, masih terlalu sedikit kerja yang telah diselesaikan, sementara masih sangat banyak pekerjaan yang belum tersentuh, dan masih banyak amal yang terabaikan. Namun waktu tidak akan boleh berputar kembali, untuk dikembalikan segala yang telah berlalu dan ditinggalkan. Dan...menyesali diri telah tanpa disertai perubahan pun bukanlah hal yang berguna..

Diri ini perlu menyedari , selagi masih ada kesempatan untuk berbakti,akan diri ini gunakan sisa usia ini sebaik-baiknya, menghimpun bekal untuk menghadapi-Nya. Akanku pahatkan dalam hati ini hadith Rasulullah yang bermaksud.. "Gunakan waktu luangmu sebelum waktu sempitmu, gunakan waktu mudamu sebelum tuamu, gunakan waktu kayamu sebelum waktu miskinmu, gunakan waktu sihatmu sebelum waktu sakitmu dan gunakan waktu hidupmu sebelum matimu"

Azam yang aku tanamkan dalam hati untuk diri sendiri...pada sahabat-sahabat yang amat daku hargai dalam hidup, sedarkanlah diri ini andai leka dan lalai dari mengingati-Nya. Buat sahabatku,Rina,Maz,Sara,Nurul dan sahabat yang tak tertulis namanya disini. Apa pun terima kasih buat semua sahabat yang mengingati tarikh lahir saya. Dan, untuk umie dan ayah.. Terima kasih yang tak terhingga atas jasa dan pengorbanan umie dan ayah membesarkan dan memberikan kehidupan anakmu ini.. Buat abang-abang tersayang..terima kasih juga kerana beri bimbingan dan teguran yg baik utk diri ini..Halalkan segala apa yg dicurahkan izzah..Doakan izzah berjaya dalam kehidupan..Pada sahabat-sahabat yang mengingati tarikh lahir ini... tiada yang ku harapkan melainkan doa dari kalian...Moga kita sentiasa dalam keredhaan Ilahi hingga akhir hayat..AMIN..

Wednesday, June 28, 2006

Sehari sebelum Kelahiranku...

Hari ini merupakan hari ketiga Bazaria Sri Selatan. Meriah? Tentulah meriah..Ramai yg dtg berkunjung. Yg pasti aku cukup seronok bila kami dikunjungi baby2 Johor.. "anak2 saudara" kami..Dulu aku ziarah Miqdad tu, kecil dan comel jer.. Sekarang dah pandai senyum bila di ajak berbual.. Tak kurang juga Ainol. Tapi aku suka panggil dia Hanani yg bermaksud (kesayanganku). Cantik nama tu secantik dan secomel orgnya. Semalam aku dapat bermesra dgn Faqehuddin. Anak sahabat aku masa mula2 jejak kaki ke bumi Mesir ni.. Comel2 anak kelahiran bumi Anbiya' ni ye? Buat anak2 saudara acik2, moga jadi anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa. Moga jadi anak yg berjaya di Dunia dan di Akhirat. Moga, kelahiran kalian di bumi ini akan menjadi satu lesen yg mudah utk kalian menuntut ilmu di sini kelak..Amin.

Satu lagi tarikh sejarah buat aku bila mana hari ni hari ulang tahun kelahiran Ta'akhi aku dalam 'ribat mawaddah' Hewi BKPJM. Istimewa buat Nazariah Ali, Moga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran jua dalam kehidupan. Tak ada apa yg dapat kak Izzah berikan, sekadar doa mengiringi setiap langkah ta'akhi yg disayangi.

p/s: Selamat ulang tahun juga buat sahabat dan kaum keluarga yg lahir bulan jun ini.. (moksu,syikin,amy,najwa,kembar,naza,nadir dan yg lain..tak tertulis semuanya)

Bazaar RIa Seri Selatan

hari ini saya jumpa zainab yang baru sampai dari alexs, ajar saya tukar background blog, kena banyak sabar nak selalu menulis ni.

Tuesday, June 27, 2006

seuntai kata

Dalam sesibuk berbazar ni, saya terpandang satu hadith yg sesuai utk semua yg menjayakan Bazaria kita.Hadith ni lebih kpd tentang manisnya UKHWAH diantara kita sesama rakyat Malaysia.. betul atau tidak..kita hayati hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorng mukmin di dunia, nescaya ALLAH
akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa memudahkan
urusan orang yang dilanda kesusahan, nescaya ALLAH akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutup cela seorang muslim, nescaya ALLAH menutup celanya di akhirat. Dan ALLAH sentiasa memberikan pertolongan kepada hamba-Nya selama ia memberi pertolongan kepada saudara seIslamnya"...(hadith riwayat muslim)
Semoga apa yg kita lakukan selama 4 hari dalam Bazaria ni, dipandang dan dinilai oleh ALLAH.. Untuk sahabat didalam bidang "Ekonomi BKPJM" ni,terima kasih atas ukhuwah yg diberikan dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yg tak disedari... Jumpa di Gerai MONGGO MAMPIR.

Sunday, June 25, 2006

mesyuarat oh mesyuarat....

Erm, hari ni aku hadiri mesyuarat Perhubungan AF kat maktabah Rumah Johor.. Kau org nak tahu.. Mrsyuarat kali ni cuma aku jer AJK yg hadir..Segan jugak tapi nasiblah belah akhawat ramai yg hadir..Kami berempat sedang ikhwah cuma Ketua Unit dgn timb. Pengarah 1. Mesyuarat berlansung dlm satu jam. Byk jugak yg dibincangkan...

Esok pulak, Hari BAZARIA SRI SELATAN..Meriah barangkali.. time mcm nilah nak merasa masakan yg diimpikan.. Nak mkn apa, semua ada cuma tinggal oder dan bayar jer.. Aku, tak tahu nak mkn apa..sebab aku suka mkn mee hailam.Kalaulah esok ada mee hailam..pasti aku beli.. Tahun ni, dalam progrem bazar ni aku sebagai ajk Bendahari Bkan. Buka gerai utk majukan ekonomi bkan.Apa yg dijual aku tak pasti yg pasti aku kena masak bantu kak Halilah. Terima kasih pd sahabat2 ajk ekonomi yg lain (kak ros, eta,azimah,nina, zue dll). Kita sesama majukan ekonomi BKPJM ok? Memang penat tapi, ada sahabat kata..ikhlaskan niat pasti menarik kesudahannya.. Insyaallah...

Pada sahabat yg lain, jgn ketinggalan hadir pada bazar kali ni ok? Mesti merriah walau ramai sahabat yg tak balik ke Kaherah.. Tak pe, imtihan lebih penting dari segala2nya.. Jumpa di bazar nanti ok.. jgn lupa belanjan kawan kat sini..hehehehe

Wednesday, June 21, 2006

saat yg dinanti..

Salam bertemu kembali setelah lama menyepi... Al-maklumlah medan imtihan telah berlalu.. berusaha dan mencuba tlh aku lakukan.. sekarang ni menanti natijah dgn sepenuh tawakkal kpd Ilahi.. Hanya Dia yg berhak menentukan natijah imtihan aku.. Tak putus2 doa agar kejayaan berpihak pada diri aku dan sahabat yg lain...

Sedar tak sedar, hanya beberapa hari lagi tarikh bersejarah buat diri ini..26 tahun yg dulu, saat yg amat dinantikan oleh sepasang suami isteri untuk dikurniakan anak perempuan setelah ada dua org anak lelaki...Sejarah yg tak mungkin aku lupakan... Namaku di pilih dgn cara undian. Seolah2 cabutan bertuah.. Entah berapa byk nama yg ditulis oleh semua makcik dan pakcikku... Dan Ayah, umie juga mempunyai pilihan nama masing2.. Setelah nama ditulis diatas kertas kecil dan dilipat lalu dimasukkan ke dlm sebiji gelas.. Umie mencabut satu nama.. Apa yg aku tahu, nama yg dipilih itu memang nama yg umie inginkan.. Lantas sebulat suara nama MARLIZA yg diberikan buat bayi yg baru lahir pd tanggal 29.jun 26 thn yg lalu...

Ulang tahun kelahiran aku kali ni, seolah2 kurang bermakna. Aku juga tak pasti knpa hati ini tak merasai kegembiraan untuk menyambutnya. Mungkin krn kerinduan yg memuncak pada umie dan ayah di Malaysia. Juga pada abg2 dan kakak2 iparku yg masih aku belum kenali dgn lebih rapat.. Namun, ulangtahun aku kali ini menjadikan aku lebih dewasa dgn gelaran Mak Ude oleh anak saudaraku yg belum aku temui..

Apapun, terima kasih umie dan ayah yg sedaya upaya membesarkan aku hingga kesaat ini.. Sebagai seorg anak, aku terlalu sayang pada mu..Doakan aku berjaya di rantau org dan pulang dgn segulung ijazah utk membela keluarga kita. Terima kasih juga buat abg Odik dan Kak liz yg menyedarkan aku ttg hakikat hidup di bumi yg jauh dari keluarga.. Buat abg Esyam dan Suria, tunggu iza balik.. Salam kerinduan buat anak saudara MOHD KHAIRUL HISYAM yg mak ude rindui walau belum bersua muka.. Buat sahabat2 terutamanya. Nurul,Rina,Maz dan ahli bait yg amat aku sayangi.. Tak lupa buat insan yg sentiasa memberikan semangat buat diri ini.. Terima kasih...

Doakan aku di sini...Seorg anak dan pelajar yg mempertahankan SEGENGGAM TABAH..Yang menyerahkan segalanya pada ketentuan..