Tuesday, August 15, 2006

Kegagalan bertamu lagi...

Setiap insan tidak inginkan kegagalan..Namun, siapa tahu takdir Tuhan? Sahabat-sahabat, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya bukan? Itu kata-kata yang boleh kita pegang. Dalam kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Apatah lagi dalam perjuangan menuntut ilmu Allah ni.. Saya tak nafikan, pasti terbit rasa sedih dan kecewa.. Tidak ada yang undang itu semua namun, ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Rezeki? Rezeki Allah siapa yang tahukan? Mungkin ini bukan rezeki untuk aku.. Mungkin ini ujian buat aku..Betul kata sahabat "Kadang-kadang kejayaan itu fitnah sedangkan kegagalan itu hikmah buat kita" Renungkanlah sahabat yang senasib dengan saya..

Ada hikmah yang Allah sembunyikan dari kita selaku hamba-Nya.Sabar dan tabahlah sahabat-sahabat.Allah tak kan uji hamba-Nya yang tak mampu untuk menanggungnya. Mungkin kita ni jauh dari-Nya. Jadi untuk sedarkan kita, Dia uji kita dengan dugaan yang sebegini...Atau mungkin kalau kita najah, kita akan ego dan tak hirau hati dan perasaan sahabat lain.Fikirkanlah... Segala apa yang saya tulis adalah untuk diri saya juga.. Apapun kita perlu bersyukur..Lihatlah kebawah, ia akan jadikan kita bersyukur.Lihat keatas, ia akan buat kita bersemangat..

Tahniah buat sahabat-sahabat yang najah..Teruskan perjuangan.Perjuangan kita untuk islam bukan untuk diri sendiri..Tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa.Buat nurul,maz,najwa,dayah dan yang lain mabruk alaiki..tingkatkan usaha agar terus berjaya dimasa akan datang.Doaku bersama kalian.

Buat yang gagal..ingatlah ada hikmah di sebaliknya.Jangan futur dengan dugaan yang menimpa nanti ia akan buat kita berputus asa. Tabahlah sahabat-sahabat..Allah sayangkan kita..Dia uji kita..

pesanan penulis.
Kalam ini untuk diri sendiri juga buat sahabat yang senasib denganku.

Tuesday, August 01, 2006

Bulan Baru Semangat Baru.

Perlu ker macam tu ye? Setiap kali menjelmanya bulan baru kita perlu semangat yang baru? Macam tak patut tapi itulah yang saya lalui sekarang ni.. Setiap hari atau ketika pasti datang masalah yang berbeza. Jadi kita perlu pada cara bertindak yang berbeaza. Kita tak boleh berada dengan cara yang lama jika masalah yang dulu berulang kembali. Siapa pun tak mahu masalah yang sama berulang kembali.Tapi siapa kita untuk menghalang kedatangannya. Mungkin ujian yang lepas kita dapat atasi. Bagi kita itulah cara yang terbaik yang telah kita lakukan tapi siapa tahu, itu adalah cara yang salah. Jadi ALLAH turunkan kembali masalah itu pada kita untuk kita fikirkan semula apa yang kita buat itu betul atau salah. Sahabat- sahabat setuju tidak dengan kalam saya ni? Tak saya nafikan, masalah membuatkan kita jadi kuat. Macam mana sekalipun kita kena hadapi.Jangan sekali-kali kita mengeluh kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Itu kalam saya yang pengang hingga kini.Fikir yang positive! Ya, itu perlu untuk kita agar kita tidak terlalu membebankan fikiran kita sendiri. Kekadang saya pun terfikir, dari fikir benda yang tak sudah ni baik saya fikir nasib saudara kita yang dianiaya. Tersentuh dihati saya bila lihat gambar-gambar adik-adik dan ibu-ibu serta saudara-saudara yang mati bergelimpangan. Kalau nak ikutkan hati saya yang terluka dan terguris ni terlalu kecil bila nak dibandingkan dengan kelukaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang tak bersalah tu.Betulkan? Doa saya agar hati-hati kami sentiasa bersatu dalam islam dan mereka yang dianiaya itu mendapat tempat yang mulia di sisi Tuhan. Amin.

Pesanan Kematian.

Sabda Nabi S.A.W: Akan datang kasih manusia pada lima perkara
dan lupa mereka pada lima perkara.
* Kasih kepada hidup, lupa kepada mati.
* Kasih kepada harta, lupa kepada hisab.
* Kasih kepada mahligai, lupa kepada kubur.
* Kasih kepada dunia, lupa kepada akhirat.
* Kasih kepada makhluk, lupa kepada ALLAH.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah,
maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:
* Hartanya untuk warisnya.
* Nyawanya untuk Malaikat maut.
* Dagingnya untuk ulat-ulat.
* Tulangnya untuk tanah.
* Amalannya dan kebajikan untuk orang yang dianiayainya.

Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engakau?
2) Hai anak Adam, adakah engkau himpunkan dunia atau dunia himpunkan engkau?
3) Hai anak Adam, adakah engkau membunuh dunia atau dunia membunuh engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi, berserulah suara dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat? Mengapa jadi lemah?
2) Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap? Mengapa diam?
3) Hai anak Adam, di manakah kekasih engkau? Mengapa yang jadi mulia rakan enkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan, maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
2) Hai anak Adam, engkau keluar rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya.
3) Hai anak Adam, engkau tinggalkan segala kenderaan maka tiada engkau naiki selama-lamanya dan engkau berpindah ke negara yang huru-hara.

Apabila mayat diletakkan di dalam keranda maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah)kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2) Hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah)kamu jika amalmu baik.
3) Hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagilah)kamu jika sahabatmu dalam keredhaan ALLAH, dan amat rugilah kamu (celakalah)kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai ALLAH.

Apabilamayat diletakkan untuk disembahyangkan meka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1) Wahai anak Adam, segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
2) Wahai anak Adam, jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik.
3) Wahai anak Adam, jika amalmu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.

Sahabat- sahabat Fillah sekalian...
Imam Annas bin Malik r.a berkata, bumi setiap hari berkata:
wahai anak adam...
* Kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku.
* Kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, dan kamu akan diseksa di dalam perutku.
* Kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku.
* Kamu makan barang yang haram di atasku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku.
* Kamu bersuka ria di atasku, kamu akan berasa susah sengsara di dalam perutku.
* Kamu mengumpul barang haram di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku.
* Kamu berjalan dalam sinar cahaya terang-benderang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
* Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku.

Ingatlah sahabat-sahbatku, masih punya waktu untuk kita merebut peluang bertaubat selagi pintu taubat belum tertutup. Dunia ini seakan sudah sampai ke penghujungnya. Janganlah kita diantara insan yang rugi. Ingatlah, hidup kita hanya untuk keredhaan tuhan.. Sesama kita fikir dan renung..