Tuesday, August 19, 2008

Tabarruj


Firman Allah Taala:
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Di dalam surah al-Nur, ayat 31:



"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

Sunday, August 10, 2008

Adab - Adab Pergaulan.



Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali

Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan

dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu

menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu

tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut

ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara

itu pasti tidak baik dan tercela.


Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak

menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau

engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang

duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.

Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur

dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa

menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang

lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka

diamlah secepat mungkin.


Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri,

anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap

suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.

Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap

manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah

sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali

berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.

Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,

ucapkanlah isi hatimu dengan baik.


Wassalam

Monday, August 04, 2008

BUATMU MUSLIMAH....















WAHAI MUSLIMAHKU



KETAHUILAH...BERSINARNYA NURUL ISLAM
YANG MENERANGI KEKELAMAN MALAM MENJANJIKAN KETINGGIAN DARJAT KEWANITAANMU ENGKAU YANG DIIBARATKAN BUNGA YANG MEKAR DI TAMAN LARANGAN ISLAM KEHIJAUAAN DAUN-DAUNNYA IBARAT KETENANGAN YANG KAU MILIKI KEHARUMAN BUNGANYA IBARAT KEINDAHAN BUDIMU KEPUTIHAN KELOPAKNYA IBARAT KEIKHLASAN DALAN PERJUANGAN INGATLAH MUSLIMAHKU ENGKAULAH SEINDAH PERHIASAN NAMUN ENGKAU JUGA SEBURUK-BURUK FITNAH DUNIA HIASILAH PERIBADIMU INDAHKAN PEKERTIMU SEBAGAIMANA CONTOH MUSLIMAH SOLEHAH KEHORMATAN TERJAGA MARUAH MU SENTIASA TERBELA SEMOGA KEIKHLASANMU SEIKHLAS KHADIJAH CERDIK MU SECERDIK AISYAH KELEMBUTAN MU SELEMBUT FATIMAH DAN CINTAMU SEHEBAT CINTA RABBANI RABIATUL ADAWIAH AYUH MUSLIMAHKU... BANGUNLLAH TERUSKAN LANGKAH MU BUKALAH MATAMU TINGGALKAN MIMPI-MIMPI INDAHMU BERJUANGANLAH DEMI KETINGGIAN AD-DINMU NESCAYA SINAR TERANG MENANTI MU DI HADAPAN

Sunday, August 03, 2008

UNGKAPAN BERHIKMAH DARI SAIDINA ABU BAKAR R.A


Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kanan mu, nafsu di sebelah kirimu, dunia berada di belakang mu, semua anggota tubuh berada di sekitar diri mu,sedangkan Allah 'Azzawajalla berada diatas mu. Maka menghasutlah iblis laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu.. jiwa mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.

Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya.

Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya.


Sesiapa yang megikuti tuntutan nasfunya maka hilanglah akal dari dirinya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya.


Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan memperolehi segala kebaikan.

Bersama kita renungkan ia

Friday, August 01, 2008

KEHEBATAN WANITA BERIMAN

1. Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh

2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali

3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti
menyapu lantai Kaabah di Baitullah

5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt
akan berkatkan rezekinya

6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh
binatang tersebut dengan doa keberkatan

7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang
dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang
mereka dengan pandangan penuh rahmat

8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya
melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad

9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat
pahala 12 tahun solat tanpa henti

10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat
pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh
maka akan mendapat pahala 7 tola perak

11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari
dan beribadat sepanjang malam

12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil

13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan
puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan
beri satu pahala ibadat Haji

14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia
akan dikira mati syahid

15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya
sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis
susu yang diberinya

16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang
menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan
puasa tanpa henti

17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun,
maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib
untuknya

18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti
memerdekakan 20 orang hamba

19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika
meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan
mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang
dikehendakinya

20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya;
i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya
ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat
iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari
iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat
daripada permata yaqut