Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."
Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kanan mu, nafsu di sebelah kirimu, dunia berada di belakang mu, semua anggota tubuh berada di sekitar diri mu,sedangkan Allah 'Azzawajalla berada diatas mu. Maka menghasutlah iblis laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu..jiwa mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.
Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang megikuti tuntutan nasfunya maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya.
Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan memperolehi segala kebaikan.
1. Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh
2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali
3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti menyapu lantai Kaabah di Baitullah
5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt akan berkatkan rezekinya
6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang tersebut dengan doa keberkatan
7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang mereka dengan pandangan penuh rahmat
8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad
9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat pahala 12 tahun solat tanpa henti
10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak
11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari dan beribadat sepanjang malam
12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan beri satu pahala ibadat Haji
14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia akan dikira mati syahid
15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis susu yang diberinya
16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan puasa tanpa henti
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib untuknya
18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti memerdekakan 20 orang hamba
19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang dikehendakinya
20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan kemudian menjaga adab rumahtangganya; i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat daripada permata yaqut
Allah S.W.T berfirman. "Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempua yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki da perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara maruah da kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar" Surah Al-Ahzab 35
Salam kembali setelah lama menyepi..sedar tak sedar hampir dua bulan aku di tanah air sendiri..Alhamdulillah, semua berjalan mengikut ketentuan dari Tuhan. Dalam pada itu, hati ini amat merindui sahabat-sahabat di bumi Mesir yang daku tinggalkan dalam keadaan kesedihan.. Buatmu Sara,Yuyul,Amy,Dila,Ana dan yang lain.. Terima kasih atas bantuan kalian sepanjang proses kepulanganku..Moga doaku di sepanjang pemusafiran di makbulkan Allah... Menjelang hari raya..ingatan kuat pada kalian,sahabat-sahabat di bumi Mesir..Bagaimanalah persiapan menjelang Syawal...Tentu seronok berkumpul dalam membuat segala pekerjaan.Dari hari pertama Syawal hinggalah sibuk dengan ''Open House'' masing-masing. Sahabat-sahabat, untuk pengetahuan kalian..Alhamdulillah..diri ini dapat meneruskan perjuangan di bumi sendiri..Hasil kesabaran dan sokongan padu dari kalian membuatkan diri ini melangkahkan kaki ke pusat pengajian Al-Ihsaniah Pulau Pinang. Dan atas budi bicara Mudir Al-Ihsaniah, diri ini dapat meneruskan pengajian ditahun tiga sekali gus..melayakkan diri ke bumi Mesir yang sentiasa diimpikan..Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat-sahabat yang tak putus-putus bagi sokongan dan semangat. Terima kasih juga buat ahli keluarga dan insan-insan yang banyak bagi cadangan,sokongan dan pengorbanan buat diri ini.Tanpa kalian mungkin diri ini masih terkapai-kapai dalam menentukan hala tuju sebenar.. Akhir sekali, buat sahabat di Malaysia.Teruskan perjuangan kalian disini.Buat sahabat di bumi Mesir..study bebaik dan doakan kami disini..Insyaallah pertemuan itu akan terjadi jua...
Wanita sebagai ibuMenggoncang keImanan dan ketahananJerih perit melahirkanBertarung antara dua perjuanganSama ada syahid atau melahirkanKasihmu tiada tandinganBelaianmu mengasyikkanSentuhanmu mendamaikanNilai keibuanmu tiada terbilangTiada tara menjadi sainganWanita sebagai isteriMenjadi dian penawar hati suamiMeronda hidup dalam kesederhanaanMengalun cinta dan harapanMenganyam kesetiaan dan ketaatanLembut ayu wajahmuMenjadi penenang di kala kegelapanDalam kesamaran dan kerianganKau mampu menjernihkanMenjadi lambang cinta yang tersimpanDisekulumuti hati isteri yang solehahWanita sebagai serikandiMenjadi sayap kiri perjuanganBiarpun seribu halanganDadanya sarat dengan jihadSemangatnya umpama api yang membakarBahangmu menyemarakkan jiwa pejuangDialah ibu MithaliDialah isteri yang solehahDialah syuhada' di akhir zamanBakal melahirkan mujahid dan mujahidahAgar tegaknya syiar AllahBiar bumi ini berlumuran darah merekaBuat meneguk kehausan tanah yang kontangWarisan titisan darah sahabah dan Anbiya'