Wednesday, May 31, 2006

Sekadar Renungan Bersama....

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalamair begitu sahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkinia akan menderita selagi ia masih hidup.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamumenampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masihboleh digunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan menyesal.....