Friday, April 07, 2006

WANITA SOLEHAH.

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin dan bukan juga terletak pada kebijaksanaan bermain lidah memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali. Kepetahan wanita solehah itu bukan pada barang kemas atau perihal orang lain tapi pada perjuangan meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalan dalam ilmu serta pandanagn dari segala aspek hati..

Tazkirah ringkas

Salam kembali setelah lama menyepi. Ana nak kongsi sesuatui dgn sahabat,apa yg ana dapat dlm progrem permata semalam di syaqah 6. Kita ambil iktibar dan panduan hidup.. Syukran pada alyn yg sudi sampaikan tazkirah dalam tajuk "SIFAT2 MENGHARGAI DIRI SENDIRI"

1.Menjaga diri dari sifat meminta2 dan amalkan hidup bersederhana.
2.Berani berkata benar meskipun terhadap diri sendiri.
3.Jagalah kehormatan diri diwaktu kesempitan dan jgn putus asa utk berusaha, beriktiar dan bertawakkal.
4.Jgn menghina org yg tlh anda beri pertolongan.
5.Berilah kemaafan kpd org yg tlh menganiaya anda.Moga Tuhan memberikan kesedaran padanya.
6.Sabar dgn penderitaan, jgn suka kecuali kepada Tuhan dan kerana-Nya.
7.Jgn membuat sesuatu yg boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat dan agama.
8.Sering mungkiri janji
9.Lalai pada suruhan ALLAH.
10.Bermegah dgn diri sendiri.

Sunday, April 02, 2006

HAWA

Bukanlah hanya sia-sia
engkau dicipta sebagai wanita
tulang sulbi yang bengkok
bukti istimewanya
kejadianmu oh wanita...
Kudusnya perjanjian lalu
fitrahmu menerima taklif itu
setia sebagai hamba
jua khalifah dibumi-Nya
itulah tugasmu hawa didunia
Oh hawa...
bicara perjuangan bukan omongan
Oh hawa...
usahlah sekadar menggubah alasan
persaksian dulu kan dipersoalkan
di hadapan tuhan
Buktilah hawa ummah menantimu
persiapkan diri untuk menaburkan bakti
Berbahgialah duhai hawa
syurga menjadi mahar dirimu
jihad jiwa dan harta
persembahan darimu
bukti cintamu pada Ilahi
Ku berjanji...
segenap jasad, darah dan jiwa ini
Ku wakafi...
untuk membela Ad-din Mu oh Ilahi
cubaku penuhi impian ummah
Mawar Berduri Idaman Generasi.