Saturday, December 02, 2006

Bersama kita renungkan

Allah S.W.T berfirman. "Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempua yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki da perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara maruah da kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar" Surah Al-Ahzab 35

Friday, November 24, 2006

Lakaran Kerinduaan...

Salam kembali setelah lama menyepi..sedar tak sedar hampir dua bulan aku di tanah air sendiri..Alhamdulillah, semua berjalan mengikut ketentuan dari Tuhan. Dalam pada itu, hati ini amat merindui sahabat-sahabat di bumi Mesir yang daku tinggalkan dalam keadaan kesedihan.. Buatmu Sara,Yuyul,Amy,Dila,Ana dan yang lain.. Terima kasih atas bantuan kalian sepanjang proses kepulanganku..Moga doaku di sepanjang pemusafiran di makbulkan Allah...
Menjelang hari raya..ingatan kuat pada kalian,sahabat-sahabat di bumi Mesir..Bagaimanalah persiapan menjelang Syawal...Tentu seronok berkumpul dalam membuat segala pekerjaan.Dari hari pertama Syawal hinggalah sibuk dengan ''Open House'' masing-masing.
Sahabat-sahabat, untuk pengetahuan kalian..Alhamdulillah..diri ini dapat meneruskan perjuangan di bumi sendiri..Hasil kesabaran dan sokongan padu dari kalian membuatkan diri ini melangkahkan kaki ke pusat pengajian Al-Ihsaniah Pulau Pinang. Dan atas budi bicara Mudir Al-Ihsaniah, diri ini dapat meneruskan pengajian ditahun tiga sekali gus..melayakkan diri ke bumi Mesir yang sentiasa diimpikan..Terima kasih yang tak terhingga buat sahabat-sahabat yang tak putus-putus bagi sokongan dan semangat.
Terima kasih juga buat ahli keluarga dan insan-insan yang banyak bagi cadangan,sokongan dan pengorbanan buat diri ini.Tanpa kalian mungkin diri ini masih terkapai-kapai dalam menentukan hala tuju sebenar..
Akhir sekali, buat sahabat di Malaysia.Teruskan perjuangan kalian disini.Buat sahabat di bumi Mesir..study bebaik dan doakan kami disini..Insyaallah pertemuan itu akan terjadi jua...

Untukmu Yang Bergelar Wanita

Wanita sebagai ibuMenggoncang keImanan dan ketahananJerih perit melahirkanBertarung antara dua perjuanganSama ada syahid atau melahirkanKasihmu tiada tandinganBelaianmu mengasyikkanSentuhanmu mendamaikanNilai keibuanmu tiada terbilangTiada tara menjadi sainganWanita sebagai isteriMenjadi dian penawar hati suamiMeronda hidup dalam kesederhanaanMengalun cinta dan harapanMenganyam kesetiaan dan ketaatanLembut ayu wajahmuMenjadi penenang di kala kegelapanDalam kesamaran dan kerianganKau mampu menjernihkanMenjadi lambang cinta yang tersimpanDisekulumuti hati isteri yang solehahWanita sebagai serikandiMenjadi sayap kiri perjuanganBiarpun seribu halanganDadanya sarat dengan jihadSemangatnya umpama api yang membakarBahangmu menyemarakkan jiwa pejuangDialah ibu MithaliDialah isteri yang solehahDialah syuhada' di akhir zamanBakal melahirkan mujahid dan mujahidahAgar tegaknya syiar AllahBiar bumi ini berlumuran darah merekaBuat meneguk kehausan tanah yang kontangWarisan titisan darah sahabah dan Anbiya'

Wednesday, September 27, 2006

saat kesedihan melanda

Saat pelajar baru sibuk membaca kitab untuk menghadapi imtihan, saat Ajkt dan Hewi memikirkan bidang tugas masing-masing, saat Lksmb menanti adik-adik Stam datang.. saat itulah seorang insan sibuk mengemas kini barang dan diri demi meneruskan perjuangan di bumi tercinta Malaysia. Seawal bulan Julai, ramai pelajar yang balik bercuti..Bulan september, melihat para graduan pulang dengan kejayaan dan dihujung bulan September melihat sebahgian insan yang pulang dengan hati yang bercampu-baur.. Suka, duka, sedih semuanya ada.. Dalam hati ini hanya tuhan yang tahu...

Namun,diri masih ingat janji Tuhan.Bahawa setiap makhluk yang diciptakan ada punca rezeki masing-masing.Punya cerita masing-masing.Semua itu tanda kita masih didalam awasan-Nya. Sahabat-sahabat yang amat diri ini sayangi...terima kasih atas ukhwah yang telah terjalin. Hidup di Perantauan ini mengajar aku erti kasih sayang sesama saudara. Jauh dari keluarga bukan bererti aku tidak punya sesiapa. Sahabat ibarat adik-beradik sendiri.. Terlalu indah kenangan bersama kalian..

Buat Raudhah,Alyna,Mus,Maria,Iliy,Noreha,Adik Amy,Beah Dan istimewa buat Yuyul.. Tabah dan sabar dalam membuat kebajikan untuk ahli BKPJM. Biarpun usaha kalian kadang-kadang tak dihargai, namun ketahuilah...Allah memandang semua itu..dan pasti ada ganjaran dari-Nya.

Buat sahabat-sahabat yang tak tertulis disini..diri ini memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan andai ia tak disengajakan.Halalkan makan dan minum atau apa saja. Pinta ku hanya satu..doakan kejayaan ku walau dimana diri ini berada. Walau kita dipisah oleh dua benua yang berbeza..namun,kita tetap menegakkan syariat yang sama..

Terima kasih atas ukhwah yang terjalin.. Sahabat "Ukhwah yang terbina ibarat untaian tasbih, ada awal tiada hujung, dibentuk untuk mengingatiNya, diratib semata-mata kerana redhaNya, menitis air mata tika merasai kemanisannya, cantiknya ia pada hati yang suci"

Friday, September 22, 2006

Tetamu datang lagi!

Sedar tak sedar, ramadhan akan bertandang kembali. Pertama sekali ribuan kesyukuran kita kepada-Nya kerana memberi peluang pada kita selaku hamba untuk merebut 1001 hikmah didalam bulan yang mulia ni?
Bagi yang merasakan puasa itu satu paksaan, pastinya tidak dapat merasai kemanisan ramadhan walau sedikit. Tapi,andai kita hamba Allah yang melihat bulan ramadhan ini satu medan tarbiah untuk diri sendiri pastinya satu yang amat dinantikan setiap tahun
..

Bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk tarbiah diri dibulan puasa ni.Renungkanlah..Setiap hari Allah menetapkan ganjaran yang berbeza-beza antara satu sama lain..Alangkah indahnya andai kita dapat melakukan semua yang telah ditetapkan itu.. Ya Allah, bayangkanlah ganjaran pahala yang kita dapat ditambah lagi dengan malam Lailatul Qadar yang diimpikan oleh seluruh mahluk.
Sahabat-sahabat..sekadar renungan..usah cakap banyak kerana kita mengetahuinya.Ruginya bagi mereka yang tahu ada peluang tapi masih leka tanpa merebutnya.Semoga kalian dan diri ini mendapat sesuatu yang indah didalam bulan Allah ini..

Friday, September 08, 2006

Bila Mujahidah Berkata!

"Sesiapa yang mendengar dengan telinganya dia akan menjadi seorang pencerita, Sesiapa yang mendengar dengan hatinya ia akan menjadi seorang penghafal, Sesiapa yang beringat dengan perbuatannya dia akan menjadi seorang pembimbing"

AHLI HIKMAH ADA MENGATAKAN..
"Kadang kala nikmat yang sangat besar diberi oleh Allah dengan melalui cubaan. Sedangkan yang lainnya diberi-Nya dengan kenikmatan"

"Barang siapa yang SABAR (atas kesakitan daripada seseorang kepadanya) dan suka memaafkan, sungguh demikian itu termasuk perbuatan yang dituntut agama"

Ikhlaskah kita?

SAHABAT-SAHABAT IKHLASKAH KITA?

1)Buat sesuatu atau tinggalkan sesuatu bukan kerana Allah di kira tidak ikhlas. Jika kita teragak-agak hendak buat sesuatu atau tinggalkan sesuatu kebaikan kerana takut diperli pun tanda kita tak ikhlas.

2)Kata Saidina Ali, antara tanda tidak ikhlas. Rajin didepan orang, malas apabila bersendirian.

3)Bersedekah kerana rasa terpaksa. ini memang sah tak ikhlas kerana hati kita pun tahu. Cuma org lain tak dapat dibaca.

4)Hati yang benar-benar ikhlas tak dapat di usik.

5)Keikhlasan akan membuahkan kasih dan sangkaan baik. Senyum itukan sedekah, kenapa harus berkecil hati kalau orang tak terima?

6)Jika ikhlas hanya penilaian Allah yang diambil kira penilaian manusia tak diambil kira.

7)Bagi orang yang ikhlas, Allah beri dia kekuatan melaksanakan banyak kebaikan sebab syaitan tak dapat mencelah.

8)Buat sesuatu kerana Allah tidak terikat dengan jawatan dan nama. Ada jawatan tanggungjawab dirasakan berat, tidak ada jawatan tanggungjawab terasa ringan.

9)Jika ikhlas hati akan rasa tenang dan bahgia lepas dapat berbakti walaupun tiada siapa hargai.

pesanan penulis...
Muhasabah diri kita sendiri..Ikhlaskah kita dalam melakukan amal kerana Allah?

Tuesday, August 15, 2006

Kegagalan bertamu lagi...

Setiap insan tidak inginkan kegagalan..Namun, siapa tahu takdir Tuhan? Sahabat-sahabat, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya bukan? Itu kata-kata yang boleh kita pegang. Dalam kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Apatah lagi dalam perjuangan menuntut ilmu Allah ni.. Saya tak nafikan, pasti terbit rasa sedih dan kecewa.. Tidak ada yang undang itu semua namun, ada hikmah disebalik apa yang berlaku..Rezeki? Rezeki Allah siapa yang tahukan? Mungkin ini bukan rezeki untuk aku.. Mungkin ini ujian buat aku..Betul kata sahabat "Kadang-kadang kejayaan itu fitnah sedangkan kegagalan itu hikmah buat kita" Renungkanlah sahabat yang senasib dengan saya..

Ada hikmah yang Allah sembunyikan dari kita selaku hamba-Nya.Sabar dan tabahlah sahabat-sahabat.Allah tak kan uji hamba-Nya yang tak mampu untuk menanggungnya. Mungkin kita ni jauh dari-Nya. Jadi untuk sedarkan kita, Dia uji kita dengan dugaan yang sebegini...Atau mungkin kalau kita najah, kita akan ego dan tak hirau hati dan perasaan sahabat lain.Fikirkanlah... Segala apa yang saya tulis adalah untuk diri saya juga.. Apapun kita perlu bersyukur..Lihatlah kebawah, ia akan jadikan kita bersyukur.Lihat keatas, ia akan buat kita bersemangat..

Tahniah buat sahabat-sahabat yang najah..Teruskan perjuangan.Perjuangan kita untuk islam bukan untuk diri sendiri..Tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa.Buat nurul,maz,najwa,dayah dan yang lain mabruk alaiki..tingkatkan usaha agar terus berjaya dimasa akan datang.Doaku bersama kalian.

Buat yang gagal..ingatlah ada hikmah di sebaliknya.Jangan futur dengan dugaan yang menimpa nanti ia akan buat kita berputus asa. Tabahlah sahabat-sahabat..Allah sayangkan kita..Dia uji kita..

pesanan penulis.
Kalam ini untuk diri sendiri juga buat sahabat yang senasib denganku.

Tuesday, August 01, 2006

Bulan Baru Semangat Baru.

Perlu ker macam tu ye? Setiap kali menjelmanya bulan baru kita perlu semangat yang baru? Macam tak patut tapi itulah yang saya lalui sekarang ni.. Setiap hari atau ketika pasti datang masalah yang berbeza. Jadi kita perlu pada cara bertindak yang berbeaza. Kita tak boleh berada dengan cara yang lama jika masalah yang dulu berulang kembali. Siapa pun tak mahu masalah yang sama berulang kembali.Tapi siapa kita untuk menghalang kedatangannya. Mungkin ujian yang lepas kita dapat atasi. Bagi kita itulah cara yang terbaik yang telah kita lakukan tapi siapa tahu, itu adalah cara yang salah. Jadi ALLAH turunkan kembali masalah itu pada kita untuk kita fikirkan semula apa yang kita buat itu betul atau salah. Sahabat- sahabat setuju tidak dengan kalam saya ni? Tak saya nafikan, masalah membuatkan kita jadi kuat. Macam mana sekalipun kita kena hadapi.Jangan sekali-kali kita mengeluh kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Itu kalam saya yang pengang hingga kini.Fikir yang positive! Ya, itu perlu untuk kita agar kita tidak terlalu membebankan fikiran kita sendiri. Kekadang saya pun terfikir, dari fikir benda yang tak sudah ni baik saya fikir nasib saudara kita yang dianiaya. Tersentuh dihati saya bila lihat gambar-gambar adik-adik dan ibu-ibu serta saudara-saudara yang mati bergelimpangan. Kalau nak ikutkan hati saya yang terluka dan terguris ni terlalu kecil bila nak dibandingkan dengan kelukaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang tak bersalah tu.Betulkan? Doa saya agar hati-hati kami sentiasa bersatu dalam islam dan mereka yang dianiaya itu mendapat tempat yang mulia di sisi Tuhan. Amin.

Pesanan Kematian.

Sabda Nabi S.A.W: Akan datang kasih manusia pada lima perkara
dan lupa mereka pada lima perkara.
* Kasih kepada hidup, lupa kepada mati.
* Kasih kepada harta, lupa kepada hisab.
* Kasih kepada mahligai, lupa kepada kubur.
* Kasih kepada dunia, lupa kepada akhirat.
* Kasih kepada makhluk, lupa kepada ALLAH.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah,
maka terbahagilah dia kepada lima bahagian:
* Hartanya untuk warisnya.
* Nyawanya untuk Malaikat maut.
* Dagingnya untuk ulat-ulat.
* Tulangnya untuk tanah.
* Amalannya dan kebajikan untuk orang yang dianiayainya.

Apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engakau?
2) Hai anak Adam, adakah engkau himpunkan dunia atau dunia himpunkan engkau?
3) Hai anak Adam, adakah engkau membunuh dunia atau dunia membunuh engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi, berserulah suara dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat? Mengapa jadi lemah?
2) Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap? Mengapa diam?
3) Hai anak Adam, di manakah kekasih engkau? Mengapa yang jadi mulia rakan enkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan, maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
2) Hai anak Adam, engkau keluar rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya.
3) Hai anak Adam, engkau tinggalkan segala kenderaan maka tiada engkau naiki selama-lamanya dan engkau berpindah ke negara yang huru-hara.

Apabila mayat diletakkan di dalam keranda maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1) Hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah)kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
2) Hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah)kamu jika amalmu baik.
3) Hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagilah)kamu jika sahabatmu dalam keredhaan ALLAH, dan amat rugilah kamu (celakalah)kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai ALLAH.

Apabilamayat diletakkan untuk disembahyangkan meka menyerulah suara dari langit tiga kali:
1) Wahai anak Adam, segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
2) Wahai anak Adam, jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik.
3) Wahai anak Adam, jika amalmu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.

Sahabat- sahabat Fillah sekalian...
Imam Annas bin Malik r.a berkata, bumi setiap hari berkata:
wahai anak adam...
* Kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku.
* Kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, dan kamu akan diseksa di dalam perutku.
* Kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku.
* Kamu makan barang yang haram di atasku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku.
* Kamu bersuka ria di atasku, kamu akan berasa susah sengsara di dalam perutku.
* Kamu mengumpul barang haram di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku.
* Kamu berjalan dalam sinar cahaya terang-benderang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
* Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku.

Ingatlah sahabat-sahbatku, masih punya waktu untuk kita merebut peluang bertaubat selagi pintu taubat belum tertutup. Dunia ini seakan sudah sampai ke penghujungnya. Janganlah kita diantara insan yang rugi. Ingatlah, hidup kita hanya untuk keredhaan tuhan.. Sesama kita fikir dan renung..

Monday, July 31, 2006

TAHUKAH ANDA???

Para penyelidik berpendapat dengan merenung kelangit itu seorang akan mendapat beberapa faedah dari perbuatannya..antaranya:

1) Mengurangkan perasaan waham atau ragu-ragu.
2) Sentiasa mengingati tentang kebesaran atau kekuasaan ALLAH.
3) Menghapuskan fikiran-fikiran jahat.
4) Mendatangkan manfaat bagi seseorang yang mengidap penyakit merbahaya.
5) Melapangkan fikiran.
6) Menanamkan perasaan kasih sayang terhadap sesama makhluk.
7) Langit juga merupakan kiblat kepada orang yang berdoa.

Ciri-ciri Pembentukan Musliamah

Antara ciri-ciri pembentukan syakhsiah muslimah yang boleh kita ambil bersama ialah:
1) Menjaga kesempurnaan solat lima waktu yang telah difardukan dan meneruskan amalan sunat.
2) Taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa dan sentiasa menghubungkan silaturrahim antara sesama islam.
3) Menutup aurat, tidak bertabarruj, menjaga pandangan, merendahkan suara, menjaga kehormatan diri.
4) Berbuat baik kepada jiran atau sahabat-sahabat dan tidak menyakiti hati dan jasad orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
5) Taat kepada suami dengan melaksanakan segala kewajipan yang telah diamanahkansebagai seorang isteri.
6) Menjaga anak-anak dengan mendidik dan menjaga diri mereka sebagai amanah dari tuhan.
7) Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dengan mewujudkan suasana yang harmoni.
8) Sentiasa ingat dan berzikir kepada ALLAH dalam melaksanakan segala amalan.
9) Bersifat sabar iaitu sabar mengerjakan ketaatan dan kebaikan, redha dengan ketetapan hukum ALLAH.
10) Pemaaf dan bertolak ansur serta lemah lembut , membalas kejahatan dengan kebaikan sama ada dengan lisan atau anggota.
11) Bersifat malu kerana malu itu adalah sebahagian dari iman.
12) Suka bersedekah dan jauhi sikap bakhil.
13) Bersikap tenang atau berdiam diri dan mendengar dengan elok pada sesuatu perkara, sedikitkan percakapan yang sia-sia dan perbanyakkan percakapan ke arah kebaikan.
14) Menginsafi setiap amalan yang dilakukan kerana ia akan melahirkan jiwa yang tenang yang takut kepada ALLAH S.W.T

Pesanan Penulis.
Moga kita punyai cita-cita untuk memburu ciri-ciri menjadi muslimah yang sejati. Sama-samalah kita rebut peluang untuk membaiki diri selagi kita punya waktu untuk itu.Serlahkan syakhsiah muslimah yang ada dalam diri sahabat-sahabat.

Saturday, July 01, 2006

Ukhti Muslimah

AKU WASIATKAN KEPADAMU … RENUNGILAH KISAH DIBAWAH INI.

Temanku datang dalam keadaan yang tidak seperti biasanya, hari ini dia datang dengan menggunakan hijab. Teman-teman yang lain pun mulai mengelilinginya, ingin mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi dengannya, kemudian salah seorang diantara kami bertanya:

“Loh ? ini baju baru model apa yang kamu pakai … Apa sebab kamu memakainya?” Dia menjawab dengan hati senang dan bangga, “ini adalah hijab yang Allah wajibkan kepada setiap muslimah, apakah kalian tidak mendengar Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab 59).

Dan apakah kalian juga tidak membaca Firman Allah :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya(An Nuur 31).”

Kemudian salah seorang dari kami bertanya dengan nada tidak senang … “Kenapa Islam mewajibkan para remaja putrinya untuk menyembunyikan kecantikan dan keindahannya?! padahal keduanya adalah daya tarik dan perhiasannya ?” Diapun menjawab ….. “Ukhtiku yang mulia …..Sesungguhnya hijab adalah perintah Allah yang maha pencipta dan penyayang, dan diwajibkan bagi seluruh kaum hawa. Tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi para hambaNya. Hijab ibarat kulit pembungkus mutiara, bukanlah untuk menutupi keindahan mutiaranya, tetapi, untuk memelihara dan menjaga agar keindahan dan kecantikannya tetap murni dan tidak ternodai.”

“Ukhtiku yang baik, sesungguhnya dibalik jilbab yang syar’i terdapat makna kehidupan, iman dan kesopanan. Karena kecantikan itu bukan disebabkan make up yang dicalitkan pada wajah, atau kerana baju-baju yang menyesatkan, tapi sesungguhnya kecantikan yang sebenarnya berada dalam hati seorang mukminah yang kuat iman, sempurna akhlak, dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.”

Kami pun segera menghujaninya dengan pertanyaan baru… “Apakah kamu tidak khuatir justeru dengan hijabmu ini akan menghalangimu untuk mendapat jodoh?” Dengan hati yang mantap kembali dia menjawab … “Apakah kalian belum mengetahuinya wahai saudariku muslimah

"...Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" (pula). (An Nuur 26).”

“Wahai saudariku muslimah ..Sesungguhnya aku tidak akan pernah rela untuk menikah kecuali dengan dengan laki - laki yang berpegang teguh terhadap agama Allah dan inilah yang kujadikan cita - cita untuk kehidupanku di masa yang akan datang. Adapun seorang suami yang memperbolehkan isterinya untuk memperlihatkan perhiasannya di depan umum, dan menghinakanya dihadapan manusia, apakah dia tidak menyedarinya bahawa sesungguhnya dia telah mengambil hak Allah, kalau begitu bagaimana laki-laki seperti itu mampu menjaga diriku dari api neraka?”

Kembali seorang dari kami bertanya: “Wahai ukhtiku, bagaimana dengan mereka yang akan mengejekmu dan menuduhmu sebagai orang kampung atau ketinggalan zaman?” diapun kembali menjawab: “Kenapa kamu mempercayai kata-kata syaitan dan teman-temannya yang selalu berusaha menjauhkan kita dari jalan Allah? Sesungguhnya kebatilan itu walaupun terletak didalam sumur yang dalam, pastilah akan tetap berusaha untuk terus menggodamu hingga kamu mengikutinya dan akhirnya menghiasimu dengan perbuatan buruk yang hanya agar kamu terlihat indah dihadapan manusia. Inilah keburukan yang sebenarnya!!! Yaitu ketika kita mengikuti kata kata syaitan hanya untuk terlihat baik di mata manusia ..”

““Ukhtiku muslimah , Apa gunanya menutupi sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lainnya atau memakai pakaian panjang akan tetapi ketat sehingga membuat mata laki-laki terpesona ?..Apakah kamu mahu mengikuti budaya barat yang membuat kemuliaanmu terletak di pakaian yang dipersempit. Hati-hatilah kalian adalah murabbi umat dan dari tangan kalianlah akan lahir generasi-generasi yang handal. Hati-hatilah, kamu adalah ibarat bintang kejora yang sedang bersinar, yang sinarnya akan mempegaruhi segala sesuatu di sekelilingnya..”

Saat itu aku pun menyedari akan kebenaran kata katanya, ucapannya terus merasuk ke lubuk hatiku yang paling dalam. Timbul keinginan dariku untuk kembali kejalan Allah dengan menghidupkan iman dan keyakinan yang kuat, Aku pun ingin merasakan manisnya ketaatan… Berlinanglah air mataku sebagai tanda penyesalan. Kemudian aku pun berujar “Ukhtiku …. Semoga Allah membalas kebaikanmu …ajarilah aku bagaimana hijab yang syar’i itu? Aku ingin memperbaiki diriku dihadapan rabbku dan sungguh aku menyesali segala perbuatan maksiyat yang pernah aku lakukan.”

Wahai Muslimah ..Sesungguhnya diwajibkan bagi kamu untuk menyembunyikan perhiasanmu ,dan hendaklah akhlakmu adalah sifat malu dan kesopanan, adabmu adalah Islam, hiasanmu adalah taqwa kepada Allah, qona’ah dan ridho kepada Robbmu, dan diwajibkan kepadamu untuk memakai baju panjang yang menutupi seluruh badan. Lebar dan tidak sempit, tidak menonjolkan anggota tubuh, tidak melenakan pandangan laki-laki, tidak juga menyerupai pakaian kaum laki-laki, dan tidak menjadi buah bibir orang.

Wahai Muslimah, hati-hatilah dari menyelisihi petunjuk Islam yang akhir akhir ini sering terjadi seperti memakai minyak wangi ketika keluar rumah, memakai baju yang ketat dan terbuka atau memakai celana panjang, ataupun menggunakan celak kuku yang menghalangi air sampai ke tempat-tempat wajib wudhu sehingga merosak kebasahannya. Sungguh amat disayangkan hal ini banyak dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berhijab. Dan kepada para muslimah yang istiqamah hendaklah selalu berakhlak mulia dan berpegang teguh terhadap syari’ah Allah:

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) (Al-Hadiid 16)

Wahai Muslimah, Ini adalah panggilan Robbmu yang mulia dan sesungguhnya Robbmu cinta kepada orang-orang yang bertaubat, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri … Kalau tidak sekarang bila lagi kita bertaubat ? bukankah maut selalu menunggu kita dimananpun kita berada? … Ya Allah jadikanlah hati kami takut dan tunduk kepadamu dan membenarkan apa yang telah engkau turunkan kepada Muhammad saw.

Kalam penulis,
Sahabatku yg dikasihi fillah..Kita sepatutnya bersyukur kerana kita diantara yang terpilih dari jutaan manusia untuk menuntut ilmu di Bumi Anbiya ini. Al-hamdulillah dan insyaallah kita akan sentiasa dalam batasan yang kita fahami. Tapi, selesaikah tanggungjawab kita sebagai para ilmuan agama andai kisah di atas melibatkan saudara, kawan, teman dan kaum kerabat kita sendiri? Sesamalah kita fikirkan sejenak.. Kerana ia adalah tanggungjawab yang perlu kita laksanakan kelak..

Friday, June 30, 2006

kenangan yg abadi

Subuh baru saja berlalu. Mentari pagi bergerak perlahan, meninggalkan peraduannya untuk menerangi bumi, menjalani titah Ilahi. Detik demi detik berselang, berganti minit kemudian jam, hari, minggu bulan dan tahun.. Kini dah genap diri ini pada usia 26 tahun..

Ada yang berbangga dengan apa yang mereka sebut pertambahan usia setiap kali tiba ulang tahun kelahiran, walaupun sebenarnya yang terjadi adalah penguranagan baki usia. Hakikatnya, masih terlalu sedikit kerja yang telah diselesaikan, sementara masih sangat banyak pekerjaan yang belum tersentuh, dan masih banyak amal yang terabaikan. Namun waktu tidak akan boleh berputar kembali, untuk dikembalikan segala yang telah berlalu dan ditinggalkan. Dan...menyesali diri telah tanpa disertai perubahan pun bukanlah hal yang berguna..

Diri ini perlu menyedari , selagi masih ada kesempatan untuk berbakti,akan diri ini gunakan sisa usia ini sebaik-baiknya, menghimpun bekal untuk menghadapi-Nya. Akanku pahatkan dalam hati ini hadith Rasulullah yang bermaksud.. "Gunakan waktu luangmu sebelum waktu sempitmu, gunakan waktu mudamu sebelum tuamu, gunakan waktu kayamu sebelum waktu miskinmu, gunakan waktu sihatmu sebelum waktu sakitmu dan gunakan waktu hidupmu sebelum matimu"

Azam yang aku tanamkan dalam hati untuk diri sendiri...pada sahabat-sahabat yang amat daku hargai dalam hidup, sedarkanlah diri ini andai leka dan lalai dari mengingati-Nya. Buat sahabatku,Rina,Maz,Sara,Nurul dan sahabat yang tak tertulis namanya disini. Apa pun terima kasih buat semua sahabat yang mengingati tarikh lahir saya. Dan, untuk umie dan ayah.. Terima kasih yang tak terhingga atas jasa dan pengorbanan umie dan ayah membesarkan dan memberikan kehidupan anakmu ini.. Buat abang-abang tersayang..terima kasih juga kerana beri bimbingan dan teguran yg baik utk diri ini..Halalkan segala apa yg dicurahkan izzah..Doakan izzah berjaya dalam kehidupan..Pada sahabat-sahabat yang mengingati tarikh lahir ini... tiada yang ku harapkan melainkan doa dari kalian...Moga kita sentiasa dalam keredhaan Ilahi hingga akhir hayat..AMIN..

Wednesday, June 28, 2006

Sehari sebelum Kelahiranku...

Hari ini merupakan hari ketiga Bazaria Sri Selatan. Meriah? Tentulah meriah..Ramai yg dtg berkunjung. Yg pasti aku cukup seronok bila kami dikunjungi baby2 Johor.. "anak2 saudara" kami..Dulu aku ziarah Miqdad tu, kecil dan comel jer.. Sekarang dah pandai senyum bila di ajak berbual.. Tak kurang juga Ainol. Tapi aku suka panggil dia Hanani yg bermaksud (kesayanganku). Cantik nama tu secantik dan secomel orgnya. Semalam aku dapat bermesra dgn Faqehuddin. Anak sahabat aku masa mula2 jejak kaki ke bumi Mesir ni.. Comel2 anak kelahiran bumi Anbiya' ni ye? Buat anak2 saudara acik2, moga jadi anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa. Moga jadi anak yg berjaya di Dunia dan di Akhirat. Moga, kelahiran kalian di bumi ini akan menjadi satu lesen yg mudah utk kalian menuntut ilmu di sini kelak..Amin.

Satu lagi tarikh sejarah buat aku bila mana hari ni hari ulang tahun kelahiran Ta'akhi aku dalam 'ribat mawaddah' Hewi BKPJM. Istimewa buat Nazariah Ali, Moga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam pelajaran jua dalam kehidupan. Tak ada apa yg dapat kak Izzah berikan, sekadar doa mengiringi setiap langkah ta'akhi yg disayangi.

p/s: Selamat ulang tahun juga buat sahabat dan kaum keluarga yg lahir bulan jun ini.. (moksu,syikin,amy,najwa,kembar,naza,nadir dan yg lain..tak tertulis semuanya)

Bazaar RIa Seri Selatan

hari ini saya jumpa zainab yang baru sampai dari alexs, ajar saya tukar background blog, kena banyak sabar nak selalu menulis ni.

Tuesday, June 27, 2006

seuntai kata

Dalam sesibuk berbazar ni, saya terpandang satu hadith yg sesuai utk semua yg menjayakan Bazaria kita.Hadith ni lebih kpd tentang manisnya UKHWAH diantara kita sesama rakyat Malaysia.. betul atau tidak..kita hayati hadith Nabi S.A.W yang bermaksud:
"Barangsiapa melepaskan kesusahan seorng mukmin di dunia, nescaya ALLAH
akan melepaskan kesusahannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa memudahkan
urusan orang yang dilanda kesusahan, nescaya ALLAH akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutup cela seorang muslim, nescaya ALLAH menutup celanya di akhirat. Dan ALLAH sentiasa memberikan pertolongan kepada hamba-Nya selama ia memberi pertolongan kepada saudara seIslamnya"...(hadith riwayat muslim)
Semoga apa yg kita lakukan selama 4 hari dalam Bazaria ni, dipandang dan dinilai oleh ALLAH.. Untuk sahabat didalam bidang "Ekonomi BKPJM" ni,terima kasih atas ukhuwah yg diberikan dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yg tak disedari... Jumpa di Gerai MONGGO MAMPIR.

Sunday, June 25, 2006

mesyuarat oh mesyuarat....

Erm, hari ni aku hadiri mesyuarat Perhubungan AF kat maktabah Rumah Johor.. Kau org nak tahu.. Mrsyuarat kali ni cuma aku jer AJK yg hadir..Segan jugak tapi nasiblah belah akhawat ramai yg hadir..Kami berempat sedang ikhwah cuma Ketua Unit dgn timb. Pengarah 1. Mesyuarat berlansung dlm satu jam. Byk jugak yg dibincangkan...

Esok pulak, Hari BAZARIA SRI SELATAN..Meriah barangkali.. time mcm nilah nak merasa masakan yg diimpikan.. Nak mkn apa, semua ada cuma tinggal oder dan bayar jer.. Aku, tak tahu nak mkn apa..sebab aku suka mkn mee hailam.Kalaulah esok ada mee hailam..pasti aku beli.. Tahun ni, dalam progrem bazar ni aku sebagai ajk Bendahari Bkan. Buka gerai utk majukan ekonomi bkan.Apa yg dijual aku tak pasti yg pasti aku kena masak bantu kak Halilah. Terima kasih pd sahabat2 ajk ekonomi yg lain (kak ros, eta,azimah,nina, zue dll). Kita sesama majukan ekonomi BKPJM ok? Memang penat tapi, ada sahabat kata..ikhlaskan niat pasti menarik kesudahannya.. Insyaallah...

Pada sahabat yg lain, jgn ketinggalan hadir pada bazar kali ni ok? Mesti merriah walau ramai sahabat yg tak balik ke Kaherah.. Tak pe, imtihan lebih penting dari segala2nya.. Jumpa di bazar nanti ok.. jgn lupa belanjan kawan kat sini..hehehehe

Wednesday, June 21, 2006

saat yg dinanti..

Salam bertemu kembali setelah lama menyepi... Al-maklumlah medan imtihan telah berlalu.. berusaha dan mencuba tlh aku lakukan.. sekarang ni menanti natijah dgn sepenuh tawakkal kpd Ilahi.. Hanya Dia yg berhak menentukan natijah imtihan aku.. Tak putus2 doa agar kejayaan berpihak pada diri aku dan sahabat yg lain...

Sedar tak sedar, hanya beberapa hari lagi tarikh bersejarah buat diri ini..26 tahun yg dulu, saat yg amat dinantikan oleh sepasang suami isteri untuk dikurniakan anak perempuan setelah ada dua org anak lelaki...Sejarah yg tak mungkin aku lupakan... Namaku di pilih dgn cara undian. Seolah2 cabutan bertuah.. Entah berapa byk nama yg ditulis oleh semua makcik dan pakcikku... Dan Ayah, umie juga mempunyai pilihan nama masing2.. Setelah nama ditulis diatas kertas kecil dan dilipat lalu dimasukkan ke dlm sebiji gelas.. Umie mencabut satu nama.. Apa yg aku tahu, nama yg dipilih itu memang nama yg umie inginkan.. Lantas sebulat suara nama MARLIZA yg diberikan buat bayi yg baru lahir pd tanggal 29.jun 26 thn yg lalu...

Ulang tahun kelahiran aku kali ni, seolah2 kurang bermakna. Aku juga tak pasti knpa hati ini tak merasai kegembiraan untuk menyambutnya. Mungkin krn kerinduan yg memuncak pada umie dan ayah di Malaysia. Juga pada abg2 dan kakak2 iparku yg masih aku belum kenali dgn lebih rapat.. Namun, ulangtahun aku kali ini menjadikan aku lebih dewasa dgn gelaran Mak Ude oleh anak saudaraku yg belum aku temui..

Apapun, terima kasih umie dan ayah yg sedaya upaya membesarkan aku hingga kesaat ini.. Sebagai seorg anak, aku terlalu sayang pada mu..Doakan aku berjaya di rantau org dan pulang dgn segulung ijazah utk membela keluarga kita. Terima kasih juga buat abg Odik dan Kak liz yg menyedarkan aku ttg hakikat hidup di bumi yg jauh dari keluarga.. Buat abg Esyam dan Suria, tunggu iza balik.. Salam kerinduan buat anak saudara MOHD KHAIRUL HISYAM yg mak ude rindui walau belum bersua muka.. Buat sahabat2 terutamanya. Nurul,Rina,Maz dan ahli bait yg amat aku sayangi.. Tak lupa buat insan yg sentiasa memberikan semangat buat diri ini.. Terima kasih...

Doakan aku di sini...Seorg anak dan pelajar yg mempertahankan SEGENGGAM TABAH..Yang menyerahkan segalanya pada ketentuan..

Wednesday, May 31, 2006

Sekadar Renungan Bersama....

Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalamair begitu sahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkinia akan menderita selagi ia masih hidup.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamumenampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masihboleh digunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lainKamu juga yang akan menyesal.....

Friday, April 07, 2006

WANITA SOLEHAH.

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin dan bukan juga terletak pada kebijaksanaan bermain lidah memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali. Kepetahan wanita solehah itu bukan pada barang kemas atau perihal orang lain tapi pada perjuangan meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalan dalam ilmu serta pandanagn dari segala aspek hati..

Tazkirah ringkas

Salam kembali setelah lama menyepi. Ana nak kongsi sesuatui dgn sahabat,apa yg ana dapat dlm progrem permata semalam di syaqah 6. Kita ambil iktibar dan panduan hidup.. Syukran pada alyn yg sudi sampaikan tazkirah dalam tajuk "SIFAT2 MENGHARGAI DIRI SENDIRI"

1.Menjaga diri dari sifat meminta2 dan amalkan hidup bersederhana.
2.Berani berkata benar meskipun terhadap diri sendiri.
3.Jagalah kehormatan diri diwaktu kesempitan dan jgn putus asa utk berusaha, beriktiar dan bertawakkal.
4.Jgn menghina org yg tlh anda beri pertolongan.
5.Berilah kemaafan kpd org yg tlh menganiaya anda.Moga Tuhan memberikan kesedaran padanya.
6.Sabar dgn penderitaan, jgn suka kecuali kepada Tuhan dan kerana-Nya.
7.Jgn membuat sesuatu yg boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat dan agama.
8.Sering mungkiri janji
9.Lalai pada suruhan ALLAH.
10.Bermegah dgn diri sendiri.

Sunday, April 02, 2006

HAWA

Bukanlah hanya sia-sia
engkau dicipta sebagai wanita
tulang sulbi yang bengkok
bukti istimewanya
kejadianmu oh wanita...
Kudusnya perjanjian lalu
fitrahmu menerima taklif itu
setia sebagai hamba
jua khalifah dibumi-Nya
itulah tugasmu hawa didunia
Oh hawa...
bicara perjuangan bukan omongan
Oh hawa...
usahlah sekadar menggubah alasan
persaksian dulu kan dipersoalkan
di hadapan tuhan
Buktilah hawa ummah menantimu
persiapkan diri untuk menaburkan bakti
Berbahgialah duhai hawa
syurga menjadi mahar dirimu
jihad jiwa dan harta
persembahan darimu
bukti cintamu pada Ilahi
Ku berjanji...
segenap jasad, darah dan jiwa ini
Ku wakafi...
untuk membela Ad-din Mu oh Ilahi
cubaku penuhi impian ummah
Mawar Berduri Idaman Generasi.

Friday, March 31, 2006

Seindah Hiasan Adalah Wanita Yang Solehah.


Sebagai renungan dan peringatan buat diri Hati dan sahabat2 yg lain

Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah
perkahwinan.



Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.



Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang
iman lelaki.

salam ukhuwah...

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah, salam perjuangan tanpa noktah...
Saat ini, hatiku terdetik untuk seiring dengan sahabat dan sahabiat sekalian dalam memperjuangkan kalimah ALLAH S.W.T. Diri ini tak mampu untuk mengangkat pedang melawan musuh Allah namun, hati ini cuba utk bangun berjuang dengan cara yang lain.. Moga kewujudan blog ini, serba sedikit dapat sebaris dengan sahabat dan sahabiat lain dalam menegakkan kalimah ALLAH..
Ana tertarik dgn kalam dari seseorang yang mengatakan.."kita perlu berdakwah menegakkan kalimah suci walau hanya dengan penulisan."
Bersama kita mencari keredhaan Ilahi.