Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)
Di dalam surah al-Nur, ayat 31:
"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."
Sesungguhnya berdiri iblis di depanmu, jiwa berada di sebelah kanan mu, nafsu di sebelah kirimu, dunia berada di belakang mu, semua anggota tubuh berada di sekitar diri mu,sedangkan Allah 'Azzawajalla berada diatas mu. Maka menghasutlah iblis laknatullah kepada mu agar meninggalkan agama mu..jiwa mendorong mu ke arah maksiat, nafsu mendorong mu agar memenuhi tuntutan syahwat, sedang dunia mengajak mu agar memilihnya dari akhirat anggota tubuh mu meminta agar kamu melakukan sebanyak mungkin dosa dan Allah menghendaki kamu supaya memasuki syurga serta mendapatkan keampunanNya.
Sesiapa yang memenuhi pelawaan iblis maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang menuruti ajakan jiwanya maka hilanglah darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang megikuti tuntutan nasfunya maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia maka tiadalah lagi akhirat untuknya.
Sesiapa yang menuruti ajakan anggota tubuhnya maka hilanglah syurga untuk dirinya tetapi sesiapa yang memenuhi pelawaan Allah 'Azzawajalla maka sesungguhnya akan hilanglah pada dirinya semua kejahatan serta ia akan memperolehi segala kebaikan.
1. Seorang wanita yang solehah lebih baik drpd 1000 lelaki yang soleh
2. Seorang wanita yang yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali
3. Seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berdzikir mendapat pahala seperti menyapu lantai Kaabah di Baitullah
5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah maka Allah swt akan berkatkan rezekinya
6. Wanita yang perah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang tersebut dengan doa keberkatan
7. Seorang isteri yang memandang suaminya dengan penuh rasa kasih sayang dan suaminya juga dalam keadaan demikian, maka Allah swt akan pandang mereka dengan pandangan penuh rahmat
8. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayannya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad
9. Seorang isteri yang melayan suaminya tanpa khianat, akan mendapat pahala 12 tahun solat tanpa henti
10. Isteri yang memicit badan suaminya tanpa disuruh, akan mendapat pahala 7 tola emas, manakala isteri yang memicit badan suaminya dengan disuruh maka akan mendapat pahala 7 tola perak
11. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa sepanjang siang hari dan beribadat sepanjang malam
12. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala setahun ibadat solat dan puasa. Setiap satu kesakitan pada satu urat-sarafnya, Allah swt akan beri satu pahala ibadat Haji
14. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin dia akan dikira mati syahid
15. Wanita yang memberi minum susu anaknya daripada susu badannya sendiri,maka Allah swt akan memberinya satu pahala dari setiap titis susu yang diberinya
16. Jika wanita itu memberi susu badanya kepada anaknya yang sedang menangis, maka Allah swt akan memberinya setahun pahala ibadat solat dan puasa tanpa henti
17. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan bahawa syurga wajib untuknya
18. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sedang sakit akan mendapat pahala seperti memerdekakan 20 orang hamba
19. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, jika meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya maka Allah swt akan mengizinkan kepadanya memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang dikehendakinya
20. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah swt dan kemudian menjaga adab rumahtangganya; i) akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya ii) akan menjadi ketua kepada 70 000 bidadari dan malaikat iii) wanita itu akan dimandikan di syurga dan dimandikan setiap hari iv) dan akan menunggu suaminya dengan menaiki kuda yang yang diperbuat daripada permata yaqut