Friday, April 07, 2006

WANITA SOLEHAH.

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri seindah hiasan di dunia ini. Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin dan bukan juga terletak pada kebijaksanaan bermain lidah memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali. Kepetahan wanita solehah itu bukan pada barang kemas atau perihal orang lain tapi pada perjuangan meningkatkan martabat agama. Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata menyeri alam. Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalan dalam ilmu serta pandanagn dari segala aspek hati..

Tazkirah ringkas

Salam kembali setelah lama menyepi. Ana nak kongsi sesuatui dgn sahabat,apa yg ana dapat dlm progrem permata semalam di syaqah 6. Kita ambil iktibar dan panduan hidup.. Syukran pada alyn yg sudi sampaikan tazkirah dalam tajuk "SIFAT2 MENGHARGAI DIRI SENDIRI"

1.Menjaga diri dari sifat meminta2 dan amalkan hidup bersederhana.
2.Berani berkata benar meskipun terhadap diri sendiri.
3.Jagalah kehormatan diri diwaktu kesempitan dan jgn putus asa utk berusaha, beriktiar dan bertawakkal.
4.Jgn menghina org yg tlh anda beri pertolongan.
5.Berilah kemaafan kpd org yg tlh menganiaya anda.Moga Tuhan memberikan kesedaran padanya.
6.Sabar dgn penderitaan, jgn suka kecuali kepada Tuhan dan kerana-Nya.
7.Jgn membuat sesuatu yg boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat dan agama.
8.Sering mungkiri janji
9.Lalai pada suruhan ALLAH.
10.Bermegah dgn diri sendiri.

Sunday, April 02, 2006

HAWA

Bukanlah hanya sia-sia
engkau dicipta sebagai wanita
tulang sulbi yang bengkok
bukti istimewanya
kejadianmu oh wanita...
Kudusnya perjanjian lalu
fitrahmu menerima taklif itu
setia sebagai hamba
jua khalifah dibumi-Nya
itulah tugasmu hawa didunia
Oh hawa...
bicara perjuangan bukan omongan
Oh hawa...
usahlah sekadar menggubah alasan
persaksian dulu kan dipersoalkan
di hadapan tuhan
Buktilah hawa ummah menantimu
persiapkan diri untuk menaburkan bakti
Berbahgialah duhai hawa
syurga menjadi mahar dirimu
jihad jiwa dan harta
persembahan darimu
bukti cintamu pada Ilahi
Ku berjanji...
segenap jasad, darah dan jiwa ini
Ku wakafi...
untuk membela Ad-din Mu oh Ilahi
cubaku penuhi impian ummah
Mawar Berduri Idaman Generasi.

Friday, March 31, 2006

Seindah Hiasan Adalah Wanita Yang Solehah.


Sebagai renungan dan peringatan buat diri Hati dan sahabat2 yg lain

Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah
perkahwinan.



Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.



Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang
iman lelaki.

salam ukhuwah...

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah, salam perjuangan tanpa noktah...
Saat ini, hatiku terdetik untuk seiring dengan sahabat dan sahabiat sekalian dalam memperjuangkan kalimah ALLAH S.W.T. Diri ini tak mampu untuk mengangkat pedang melawan musuh Allah namun, hati ini cuba utk bangun berjuang dengan cara yang lain.. Moga kewujudan blog ini, serba sedikit dapat sebaris dengan sahabat dan sahabiat lain dalam menegakkan kalimah ALLAH..
Ana tertarik dgn kalam dari seseorang yang mengatakan.."kita perlu berdakwah menegakkan kalimah suci walau hanya dengan penulisan."
Bersama kita mencari keredhaan Ilahi.