Tuesday, August 01, 2006

Bulan Baru Semangat Baru.

Perlu ker macam tu ye? Setiap kali menjelmanya bulan baru kita perlu semangat yang baru? Macam tak patut tapi itulah yang saya lalui sekarang ni.. Setiap hari atau ketika pasti datang masalah yang berbeza. Jadi kita perlu pada cara bertindak yang berbeaza. Kita tak boleh berada dengan cara yang lama jika masalah yang dulu berulang kembali. Siapa pun tak mahu masalah yang sama berulang kembali.Tapi siapa kita untuk menghalang kedatangannya. Mungkin ujian yang lepas kita dapat atasi. Bagi kita itulah cara yang terbaik yang telah kita lakukan tapi siapa tahu, itu adalah cara yang salah. Jadi ALLAH turunkan kembali masalah itu pada kita untuk kita fikirkan semula apa yang kita buat itu betul atau salah. Sahabat- sahabat setuju tidak dengan kalam saya ni? Tak saya nafikan, masalah membuatkan kita jadi kuat. Macam mana sekalipun kita kena hadapi.Jangan sekali-kali kita mengeluh kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Itu kalam saya yang pengang hingga kini.Fikir yang positive! Ya, itu perlu untuk kita agar kita tidak terlalu membebankan fikiran kita sendiri. Kekadang saya pun terfikir, dari fikir benda yang tak sudah ni baik saya fikir nasib saudara kita yang dianiaya. Tersentuh dihati saya bila lihat gambar-gambar adik-adik dan ibu-ibu serta saudara-saudara yang mati bergelimpangan. Kalau nak ikutkan hati saya yang terluka dan terguris ni terlalu kecil bila nak dibandingkan dengan kelukaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang tak bersalah tu.Betulkan? Doa saya agar hati-hati kami sentiasa bersatu dalam islam dan mereka yang dianiaya itu mendapat tempat yang mulia di sisi Tuhan. Amin.

1 comment:

Ibnu Ali said...

Datang bulan jangan marah2...

hehehehe

Pangkah Bulan InsyaAllah dalam PRU akan datang!!!