Monday, July 31, 2006

Ciri-ciri Pembentukan Musliamah

Antara ciri-ciri pembentukan syakhsiah muslimah yang boleh kita ambil bersama ialah:
1) Menjaga kesempurnaan solat lima waktu yang telah difardukan dan meneruskan amalan sunat.
2) Taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa dan sentiasa menghubungkan silaturrahim antara sesama islam.
3) Menutup aurat, tidak bertabarruj, menjaga pandangan, merendahkan suara, menjaga kehormatan diri.
4) Berbuat baik kepada jiran atau sahabat-sahabat dan tidak menyakiti hati dan jasad orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
5) Taat kepada suami dengan melaksanakan segala kewajipan yang telah diamanahkansebagai seorang isteri.
6) Menjaga anak-anak dengan mendidik dan menjaga diri mereka sebagai amanah dari tuhan.
7) Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dengan mewujudkan suasana yang harmoni.
8) Sentiasa ingat dan berzikir kepada ALLAH dalam melaksanakan segala amalan.
9) Bersifat sabar iaitu sabar mengerjakan ketaatan dan kebaikan, redha dengan ketetapan hukum ALLAH.
10) Pemaaf dan bertolak ansur serta lemah lembut , membalas kejahatan dengan kebaikan sama ada dengan lisan atau anggota.
11) Bersifat malu kerana malu itu adalah sebahagian dari iman.
12) Suka bersedekah dan jauhi sikap bakhil.
13) Bersikap tenang atau berdiam diri dan mendengar dengan elok pada sesuatu perkara, sedikitkan percakapan yang sia-sia dan perbanyakkan percakapan ke arah kebaikan.
14) Menginsafi setiap amalan yang dilakukan kerana ia akan melahirkan jiwa yang tenang yang takut kepada ALLAH S.W.T

Pesanan Penulis.
Moga kita punyai cita-cita untuk memburu ciri-ciri menjadi muslimah yang sejati. Sama-samalah kita rebut peluang untuk membaiki diri selagi kita punya waktu untuk itu.Serlahkan syakhsiah muslimah yang ada dalam diri sahabat-sahabat.

No comments: