Friday, September 08, 2006

Ikhlaskah kita?

SAHABAT-SAHABAT IKHLASKAH KITA?

1)Buat sesuatu atau tinggalkan sesuatu bukan kerana Allah di kira tidak ikhlas. Jika kita teragak-agak hendak buat sesuatu atau tinggalkan sesuatu kebaikan kerana takut diperli pun tanda kita tak ikhlas.

2)Kata Saidina Ali, antara tanda tidak ikhlas. Rajin didepan orang, malas apabila bersendirian.

3)Bersedekah kerana rasa terpaksa. ini memang sah tak ikhlas kerana hati kita pun tahu. Cuma org lain tak dapat dibaca.

4)Hati yang benar-benar ikhlas tak dapat di usik.

5)Keikhlasan akan membuahkan kasih dan sangkaan baik. Senyum itukan sedekah, kenapa harus berkecil hati kalau orang tak terima?

6)Jika ikhlas hanya penilaian Allah yang diambil kira penilaian manusia tak diambil kira.

7)Bagi orang yang ikhlas, Allah beri dia kekuatan melaksanakan banyak kebaikan sebab syaitan tak dapat mencelah.

8)Buat sesuatu kerana Allah tidak terikat dengan jawatan dan nama. Ada jawatan tanggungjawab dirasakan berat, tidak ada jawatan tanggungjawab terasa ringan.

9)Jika ikhlas hati akan rasa tenang dan bahgia lepas dapat berbakti walaupun tiada siapa hargai.

pesanan penulis...
Muhasabah diri kita sendiri..Ikhlaskah kita dalam melakukan amal kerana Allah?

No comments: