Wednesday, September 27, 2006

saat kesedihan melanda

Saat pelajar baru sibuk membaca kitab untuk menghadapi imtihan, saat Ajkt dan Hewi memikirkan bidang tugas masing-masing, saat Lksmb menanti adik-adik Stam datang.. saat itulah seorang insan sibuk mengemas kini barang dan diri demi meneruskan perjuangan di bumi tercinta Malaysia. Seawal bulan Julai, ramai pelajar yang balik bercuti..Bulan september, melihat para graduan pulang dengan kejayaan dan dihujung bulan September melihat sebahgian insan yang pulang dengan hati yang bercampu-baur.. Suka, duka, sedih semuanya ada.. Dalam hati ini hanya tuhan yang tahu...

Namun,diri masih ingat janji Tuhan.Bahawa setiap makhluk yang diciptakan ada punca rezeki masing-masing.Punya cerita masing-masing.Semua itu tanda kita masih didalam awasan-Nya. Sahabat-sahabat yang amat diri ini sayangi...terima kasih atas ukhwah yang telah terjalin. Hidup di Perantauan ini mengajar aku erti kasih sayang sesama saudara. Jauh dari keluarga bukan bererti aku tidak punya sesiapa. Sahabat ibarat adik-beradik sendiri.. Terlalu indah kenangan bersama kalian..

Buat Raudhah,Alyna,Mus,Maria,Iliy,Noreha,Adik Amy,Beah Dan istimewa buat Yuyul.. Tabah dan sabar dalam membuat kebajikan untuk ahli BKPJM. Biarpun usaha kalian kadang-kadang tak dihargai, namun ketahuilah...Allah memandang semua itu..dan pasti ada ganjaran dari-Nya.

Buat sahabat-sahabat yang tak tertulis disini..diri ini memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kesilapan andai ia tak disengajakan.Halalkan makan dan minum atau apa saja. Pinta ku hanya satu..doakan kejayaan ku walau dimana diri ini berada. Walau kita dipisah oleh dua benua yang berbeza..namun,kita tetap menegakkan syariat yang sama..

Terima kasih atas ukhwah yang terjalin.. Sahabat "Ukhwah yang terbina ibarat untaian tasbih, ada awal tiada hujung, dibentuk untuk mengingatiNya, diratib semata-mata kerana redhaNya, menitis air mata tika merasai kemanisannya, cantiknya ia pada hati yang suci"

No comments: