Friday, September 22, 2006

Tetamu datang lagi!

Sedar tak sedar, ramadhan akan bertandang kembali. Pertama sekali ribuan kesyukuran kita kepada-Nya kerana memberi peluang pada kita selaku hamba untuk merebut 1001 hikmah didalam bulan yang mulia ni?
Bagi yang merasakan puasa itu satu paksaan, pastinya tidak dapat merasai kemanisan ramadhan walau sedikit. Tapi,andai kita hamba Allah yang melihat bulan ramadhan ini satu medan tarbiah untuk diri sendiri pastinya satu yang amat dinantikan setiap tahun
..

Bersyukurlah kerana kita diberi peluang untuk tarbiah diri dibulan puasa ni.Renungkanlah..Setiap hari Allah menetapkan ganjaran yang berbeza-beza antara satu sama lain..Alangkah indahnya andai kita dapat melakukan semua yang telah ditetapkan itu.. Ya Allah, bayangkanlah ganjaran pahala yang kita dapat ditambah lagi dengan malam Lailatul Qadar yang diimpikan oleh seluruh mahluk.
Sahabat-sahabat..sekadar renungan..usah cakap banyak kerana kita mengetahuinya.Ruginya bagi mereka yang tahu ada peluang tapi masih leka tanpa merebutnya.Semoga kalian dan diri ini mendapat sesuatu yang indah didalam bulan Allah ini..

No comments: